Monday, August 17, 2009

Ho Chi Minh City, Vietnam

Hotel kami di Vietnam.
Saigon Shopping Central
Ben Thanh Market.
Bom di Cu Chi Tunnel.
Pemandu pelancong sedang menerangkan ttg salah satu terowong yg yang terdapat disini.
Sibuk mencangkul :)

Kraftangan yg dibuat oleh OKU



Belakang Masjid ini kami menjamu selera.


Da sampai Paris :)



Salah satu ruang dalam Reunification Palace.
Reunification Palace.



Menghala ke '' The War Remnants Museum ''
Ben Thanh Market.
Ben Thanh Market.

Bilik penginapan HB dgn Kgboyz - USD 13
Bas dr Airport ke Ben Thanh Market.


Vietnam is located on the Eastern seaboard of the indochina peninsula,sharing commmon borders with China in the North,with Loas and Cambodia in the West.To the East and South lies the Dong Sea, which the Vietnamese call the Dong Sea.Mountains and hills cover four fifths of Vietnam's territory with the Truong Son range stretching over 1,400 km. Mount Fansipan [3143m]is the highest peak on mainland Southeast Asia.



25 Ogos 2009
- HB mula mengenali Kgboyz,Diananisa dan Yellowtulip [dr Forum CARI] yang pertama kali bersua bertemu di McDonald LCCT seawal 5.30 pagi, mengikut jadual sepatutnya pukul 07.30 pagi berlepas dgn penerbangan AK 880 tetapi lebih kurang 10.30 pagi barulah kapal terbang berlepas dari LCCT,punyalah lama tertangguh.Dari LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit dan untuk pengetahuan masa di sini lewat 1 jam dr kita. Keluar drpd bangunan terminal kami ke kanan sekali utk mendapatkan bas yg sedia berada disitu untuk ke Ben Thanh Market dgn tambang 3,000 VND. Seterusnya mencari guesthouse sesuai dgn bajet yg dirangkakan terlebih dahulu, akhirnya memilih Hotel Thien Hong - terletak di Pham Hgu Lao Street,Dist 1 Pham Ngu Lao Ward - rasanya dalam 2 atau 3 minit berjalan kaki dari jalan utama.Bilik yg tersedia dgn 2 single bed, pilihan kipas atau penghawa dingin, peti televisyen, peti ais dan bilik air cuma USD 13 sahaja.Sesudah melepaskan penat lelah kami berjalan kaki meneruskan aktiviti - ke Ben Tanh Market, macam-macam ada dan rasanya disini ramai orang Malaysia membeli belah sehingga peniaga-peniaga tahu serba sedikit berbahasa melayu.Seterusnya dari sini ke The War Remnants Meseum[tiket 15,000 VND] dgn beca Vietnam yang tambang asal cuma 15,000 VND satu beca dan akan menunggu kami utk ke lokasi seterusnya tetapi setelah selesai melawat Muzium Perang tersebut kami dapati mereka tiada ditempat yang dijanjikan dan tambang masih belum dijelaskan.Perjalanan harus diteruskan biarpun berjalan kaki utk ke Reunification Palace[tiket 15,ooo VND],apabila petang menjelang barulah terasa kelaparan yg memuncak dan mencari Masjid di Jalan Thai Lap Thanh yang dibelakang Masjid ini ada kedai makanan halal dan berhadapan Masjid ini juga terdapat Restoran Halal Saigon tapi kami memilih makan dibelakang Masjid, lauk dipanaskan dan mula menjamu selera sehingga cukup kenyang sampai malam kelak.Selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke tempat penginapan dan sekali lagi singgah ke Ben Thanh Market membeli kopi Saigon.Keluar daripada sini - HB terdengar orang memanggil kami dan orang itu adalah tukang beca siang tadi, mengatakan kami melarikan diri dan tidak membayar tambang walhal mereka yang tidak menepati janji - kami bertikam lidah dan mereka berkeras mengatakan mereka berada di situ cuma ditempt lain dan meminta bayaran sebanyak 150,ooo VND - malas mahu bertegang leher ditempat orang maka jumlah itu dilunaskan dengan hati yang tidak puas. Balik hotel, merangka perjalanan esok di lobi hotel dan menempah tiket bas ke Cu Chi Tunnel.


26 Ogos 2009 - Sarapan biskut dengan air Milo [bekalan Diana] yang dibancuh oleh Kgboyz [tq Bro], masa ini ada orang bangun awal sbb masih menggunakan jam KL - lupa yg kini sudah berada di Saigon - lewat sejam :) . Perjalanan ke Cu Chi Tunnel sejauh 70 km dengan harga tiket bas USD 5 dan tiket masuk Cu Chi Tunnel akan HB maklumkan kemudian[lupa], menghabiskan separuh hari disini - mengutip pengalaman berjalan itik ketika berada didalam salah satu terowong - penerangan oleh pemandu pelancong- difahamkan terdapat 3 lapisan terowong yg lengkap dgn tempat simpanan bekalan makanan, sistem udara dan air dan pelan kecemasan - keseluruhan terowong ini menjangkau 200km - selanjutnya - .
Selesai di Cu Chi Tunnel,beli tiket bas utk esok ke Phonm Penh - kami menjamu selera di Restoran Taj Mahal yang satu lorong dengan hotel - Nasi Beriani Ayam :) - Meneruskan perjalanan ke Ben Thanh Market untuk melangkahkan kaki buat kali terakhir dan membeli belah sampai kehabisan duit...dalam perjalanan pulang ke hotel singgah Saigon Shopping Central- rasanya macam pusat membeli belah yang baru dibuka.

4 comments:

  1. balangggggggggg....cam mana akak boleh tak komen kat sini...rasa nya ari tu lagi dah kasi komeng. mesti lost in space ni kan...kan ada gambaq kat atas kata menyangkul tuh, cangkul apa balang? suka lah tgk bilik tido tuh, nampak klasik....ahaksss....

    ReplyDelete
  2. Agaknya masa Kak Alia bagi komen, Blog HB sedang bersedia utk ke Planet Pluto kot....Itu yg komen Kak Alia tertinggal :)
    Tang cangkul itu wayang jek, kunun nak cucuk tanam...hehe
    Klasik kan? Selesa bermalam kat sini....internet pun free :)

    **Terima Kasih Kak Alia sbb masih sudi singgah Blog HB :)

    ReplyDelete
  3. ooo naik planet patut lah tak masuk komen akak. sudah2 lah berkebun tuh balang, kalo takat dapat terung layu jek...buat ponek badan jo...hahaha. ala balang nih, akak kalo free mesti singgah punya kat blog balang. lepas raya ni tak tau lagi lah cam ner kat tmpt baru tu kan, harap2 boleh lah bertenet...

    ReplyDelete
  4. ahahahaha!!!! bro sepa kah yg menggunakan jam m'sia lg tuh??? muahahaha!!!

    ReplyDelete